Isnin, 18 Julai 2022

SAMPAI MENUTUP MATA

 

JIKA MASA SILAMKU BUKAN JODOHMU, MAKA INGATLAH DAKU DI DALAM DOAMU…




Kisah seorang gadis bernama Emma, yang mencintai seorang lelaki idaman semua gadis dikenali sebagai Darcy, secara diam.


Cinta nya terhadap Darcy tidak seperti gadis lain yang mengejar lelaki itu, kerana harta dan darjat.

 

Disebalik kesempurnaan kehidupan Darcy seperti anak Raja, terdapat satu sisi gelap dalam kehidupannya, yang tidak diketahui sesiapa pun, mahu pun keluarganya.

 

Pada suatu ketika, heboh satu kolej, Darcy menghilangkan diri selama beberapa hari, menjadi tanda tanya kepada semua orang. Tetapi, kerana sebuah takdir, Emma terjumpa Darcy di sebuah tempat, di mana tiada siapa pun boleh jangka.

 

"Bagaimana orang macam kau, ada di tempat ini?" soal Emma kehairanan.

 

"Tak boleh ke aku Kat sini? Kau pun, apa pula tujuan kau di sini?" Soal Darcy balik, memandang Emma memakai gaun hijau, sama seperti dirinya.

 

Emma ketawa kecil, mula menarik minat Darcy kepadanya. Emma bukan standing berpuluh ratus gadis high class yang pernah mengejarnya. Emma gadis yang biasa saja. Berambut hitam kerinting dan kening yang tebal.

 

"Aku ada gastrik. Kau?" jawab Emma pendek. Cuba menyembunyikan perkara sebenar. Dia merenung wajah lelaki idaman yang dicintainya itu. Bentuk muka yang sempurna. Hendak gila mendekati lelaki itu. Tetapi kenapa lelaki sempurna ini berada di tempat sebegini.

 

Darcy tak menjawab. Dia bangun dari kerusinya dan berkata.

"Hal aku tak ada kena mengena dengan kau." Darcy mula mengorak langkah ingin pergi dari situ sambil menggosok matanya. Terasa kabur.

 

Emma terdiam. Hina sangatkah aku di depan mata kau? Sudah beberapa kali lelaki itu menjauhkan diri daripadanya.

 

"Kau malu ke, orang lain tahu kau di sini??" Emma menyoal sekali lagi dengan suara yang lantang.

 

Langkah Darcy terhenti. Dia menghela nafas yang panjang.

"Aku tak suka dekat dengan orang yang aku tak kenal."

 

Emma terserentak. Mereka berdua kenal antara satu sama lain. Kenapa? Sebab aku hodoh, tak cantik macam orang lain ke? Sebak di dada mula menyerang Emma. Dia menahan perasaan. Entah kenapa dia emosional. Sedangkan dia tiada apa-apa hubungan dengan Darcy.

 

"Aku... Darcy. Aku suka Kat kau." ujar Emma perlahan.

 

"Kau tak malu ke?? Cermin muka dulu!" bentak Darcy dengan kasar lalu pergi dari situ.

 

Serta merta air mata Emma menitis.

 

*****

 

Beberapa hari berlalu. Musim sejuk mula menjelang. Darcy merasa sunyi. Selalunya, Emma akan melawatnya tanpa segan silu, walaupun Darcy tidak mahu berjumpa dengannya.

 

"Darcy. Sudah tiba masanya." seorang doktor lelaki bertag nama Danial menegurnya.

 

Darcy angguk kepala dan baring di atas katil sambil menutup mata.

 

*****

 

Beberapa hari berlalu, khabar berita smpai dan Darcy kembali melihat dengan jelas. Rupanya dia mengalami kerosakan kornea kedua-dua belah mata akibat jangkitan virus. Dia telah mendapat sepasang mata daripada seorang gadis yang telah pun meninggal dunia akibat kerosakan usus.

 

Darcy melawat kubur gadis yang menderma mata kepadanya. Entah kenapa dia merasa sayu walaupun dia tidak kenal siapa nama gadis yang terukir di tanda kubur itu.

 

REST IN PEACE

Elizabeth Emma Anak Wesley

01/02/1992 - 01/02/2012

-Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangimu lebih dari segalanya-

 

*****

 

Sejak Darcy menerima dan menggunakan Kornea mata baru itu, kehidupannya tidak senang seperti dulu.

 

Setiap kali dia memejam mata, dia akan melihat satu bayang atau kejadian yang dia tidak pernah lihat. Kebanyakkannya, imbasan yang indah, seperti sedang melihat laut, dedaun yang jatuh daripada ranting kayu, hujan yang menitis di tapak kasut. Kadang-kadang imbasan itu membuat dia mengalir air mata tanpa dia sedar.

 

"Sedihnya kehidupan kau sebelum ini. Kau tak bahagia kah ?" soal Darcy sendirian sambil menyentuh kelopak matanya.

 

*****

 

Di suatu petang, Ketika Darcy bertemu dengan sahabat baiknya, Stanley.

 

"Cantik mata kau, Darcy. Ke aku tak perasan yang warna mata kau coklet?" soal Stanley, sahabat baiknya.

 

Darcy hanya tersenyum nipis. Dia hanya merenung ke depan, melihat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola.

 

Stanley ketawa kecil. Di hujung ketawanya terpalit suatu kekesalan.

 

"Lain macam bunyi keluhan kau. Ada masalah ke?" soal Darcy.

 

Stanley hanya mengetahui dirinya menjalani pembedahan mata setelah mendapat penderma kornea mata.

 

"Takde apa. Aku rasa sunyi. Walaupun sahabat baik ada di sebelah aku." jawabnya sambil menepuk bahu Darcy dengan senyuman hambarnya.

 

"La... Crush kau mana? Kau tak kacau dia lagi ke?" usik Darcy.

 

Dia tahu Stanley punya crush. Dia sangat menyukai gadis itu. Cumanya, dia tidak tahu siapa gadis crush nya itu.

 

Stanley hanya senyum.

 

"Dia dah pergi. Jauh..." sayu bunyi nya.

 

"Jauh? Maksud kau?"

 

Stanley menaikkan tangannya, dan menunjuk langit yang senja dengan jari telunjuknya.

 

"Jauh..." jawab Stanley dengan nada yang pasrah.

 

Darcy menoleh ke arah Stanley. Air matanya bergenang. Dia memeluk bahu Stanley. Sahabat nya itu menjatuhkan Air matanya dengan senyuman.

 

*****

 

Beberapa bulan berlalu, Darcy tanpa sengaja terlihat Stanley pulang dari melawat kubur, sangkaan nya mungkin kubur crushnya ada di situ juga.

 

Darcy melewati beberapa kubur dan mencari bunga yang segar, di mana Stanley tempat kan. Namun hampa kerana hampir puluhan kubur yang dia lalu, bunga nya sudah layu.

 

Pandangan Darcy terkunci apabila melihat sebuah kubur yang bersih dari daun lalang dan dihiasi dengan bunga segar.

 

"Ini kan barisan kubur sama dengan gadis yang derma mata dengan aku?" soal Darcy dalam hati.

 

Tanpa berlengah, Darcy mendekati kubur itu dan jantungnya berdegup dengan kencang. Serta merta jambangan bunga matahari di tangannya, jatuh di saat melihat milik siapa kubur yang diziarahi Stanley.

 

Kubur Bernama,

 

'Elizabeth Emma Anak Wesley'

 

Fikiran Darcy mula ligat memikirkan perbualan terakhir mereka berdua beberapa bulan lepas.

 

'Nama crush aku tu, Emma...' jawab Stanley dengan senyuman dalam kepahitan.

 

Darcy terdiam. Patutlah perempuan tu berada di hospital. Rupanya dia sakit. Tapi Emma tak beritahu sakitnya teruk, dia hanya kata gastrik sahaja.

 

Wait a minute! Kalau Emma crush Stanley, Elizabeth Emma ini siapa sampaikan Stanley menziarahi kubur ini??

Elizabeth Emma?

Emma?

Emma???

Adakah mereka orang yang sama??

Adakah Emma yang menderma kornea mata ini kepada aku??

 

Darcy berlari dari situ sampaikan dia terjatuh di atas lopak yang masih basah. Tapi dia tidak peduli. Dia sudah tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling yang melihatnya datang ke kolej dengan selekeh.

 

"Stanley!" jerit Darcy ke arah Stanley yang hendak masuk ke kelas.

 

"OMG Darcy. What happen to you??"

 

Darcy mencengkam kedua-dua bahu Stanley dengan kuat sambil merenung matanya.

 

"Aku nak kau jujur dengan aku!"

 

Stanley menelan air liur melihat kelakuan aneh Darcy yang kucar kacir itu.

 

"Apa nama penuh Emma??" persoalan itu membuat Stanley naik darah.

 

"Dia dah mati, Darcy! Kenapa kau sebut nama dia??"

 

Darcy geleng kepala dengan laju.

 

"Aku cuma nak tahu!"

 

Stanley menepis kedua-dua tangan Darcy. Pandangan diberikan kepada sahabatnya itu berlainan. Darcy terkesima. Pandangan itu seolah-olah membenci dirinya.

 

"Aku speechless, Darcy. Sakit." Stanley menepuk dada kirinya.

 

Suaranya sebak. Lalu dia pergi dari situ meninggalkan Darcy terpinga-pinga dengan seribu perasaan.

 

Sejak kejadian itu, Darcy menjauhkan diri daripada kehidupan asalnya. Dia pergi jauh dari kolej dan keluarganya. Dia membawa hati dan perasaan yang tidak keruan di sebuah tempat, jauh dari segalanya.

 

*****

 

Dia merenung wajahnya di cermin kecil depannya. Dia sedang melihat menggunakan mata yang pernah dia mula hendak sayang.

 

Senyuman dan ketelatahannya. Sangat periang. Pandai mengambil hatinya. Tidak pernah melihat wajahnya sedih. Hanya senyuman.

 

'Aku suka kau, Darcy...' ucapan terakhir daripada Emma, 3 yang lalu.

 

Suara lembut Emma. Jelingan mata Emma, ya matanya cantik. Berwarna coklet.

 

"Terima Kasih, Emma..."

 

Air mata Darcy menitis.

 

Tok tok tok! Bunyi ketukan pintu dari sebelah menyedarkan Darcy dari lamunan. Dia berdehem dan mengatur duduknya kembali.

 

Darcy menjeling sekilas ke kanan, di ruang kecil yang hanya dapat mendengar suara sahaja tanpa melihat wajah di sebelah.

 

"Selamat Pagi, Father. Saya ada masalah. Saya rasa hidup saya tidak berguna. Saya tak merasa tenang. Saya rasa semua orang membenci saya..."

 

Darcy berdehem sekali lagi.

 

Suara wanita itu seperti dia pernah dengar.

 

"Selamat Pagi. Jika kehidupan kita tidak merasa tenang, pasti pemikiran kita juga akan diracuni untuk merasakan semua serba tak kena... Marilah kita berdoa, Bapa Kami, Salam Maria dan Kemuliaan." Jawab Darcy dengan tenang.

 

Doa dimulakan oleh wanita itu dan Father Darcy dengan perlahan dan jelas.

 

" Terima kasih, father. Hati saya merasa tenang setelah meluahkan, apalagi dengar suara tenang Father. Boleh saya tahu nama Father?" soal wanita itu lagi.

 

"Father Darcy..." jawabnya.

 

"Terima kasih sekali lagi, Father Darcy. Saya doakan agar Father sihat dan gembira selalu..."

 

Darcy senyum. "Nama kamu siapa?"

 

"Emma, Father..."

 

Darcy terserentak terus menoleh ke arah dinding yang memisahkan mereka berdua. Dia terdiam seperti patung. Suara yang sama. Nama yang sama.

 

Mendengar wanita itu bangun dari kerusi rotan dan keluar dari bilik pengampunan dosa itu, Darcy juga keluar untuk melihat siapa gerangan suara seperti Emma itu.

 

Namun hampa. Kelibat wanita bernama Emma itu tiada. Jantung Darcy berdegup dengan kencang. Dia sudah berpeluh namun cuba untuk bertenang.

 

"Father, what happen?" Sapa seseorang dari belakang.

 

Darcy terkejut. Dia melihat sister Olivia dengan dahi berkerut menyoalnya.

 

Darcy geleng kepala.

 

"Tadi sister nampak seorang wanita keluar dari sini?" Soal Darcy.

 

Sister Olivia memandang sekeliling sambil geleng kepala.

 

"Father, saya duduk di sana dari tadi. Saya tak nampak sesiapa pun yang masuk. Father, are you Okey? If you tired, you can get rest." Ucap Sister Olivia lagi.

 

"No, I'm Okey. Thank you, sister." jawab Darcy kepada sister yang sudah berusia itu.

 

Setelah sister Olivia beredar, Darcy masuk semula ke dalam bilik pengampunan dosa untuk orang awam. Dia melihat kerusi rotan itu terletak dengan elok tanpa di Sentuh. Hati Darcy luruh.

 

" Tak mungkin. Jangan begitu, Darcy!" hatinya bermonolog.

 

Darcy telah melepaskan kehidupan asalnya dan menyerahkan jiwa raganya kepada Tuhan. Dia ingin berbakti kepada Tuhan. Tanpa Tuhan, dia hanya lah manusia hidup tanpa arah tujuan. Kerana Tuhan lah, dia hidup. Kerana Tuhan, dia mengenal erti pengorbanan dan kesetiaan. Kerana Tuhan, Emma muncul di dalam hidupnya. Kerana Tuhan, adalah segalanya... Amen.

 

-Tamat-

F.L



Embun di pagi buta

Menebarkan bau basah

Detik demi detik kuhitung

Inikah saatku pergi?

Oh Tuhan, kucinta dia

Berikanlah aku hidup

Takkan kusakiti dia

Hukum aku bila terjadi




Khamis, 2 Januari 2020

KEBAIKAN NOVELPLUS


Hai readers… Welcome to my blog CERITA KITA…! Ni hou maa… How are you??

Gordon Ramsay

Entri kali ini berkaitan dengan dunia penulisan, di mana saya telah COMPLETE satu cerita cinta di laman web yang sangat baik bagi saya, iaitu NOVELPLUS.


Nak ceritakan sedikit mengenai NOVELPLUS. Applikasi yang boleh didapati di google play atau apps store ya. Di sana, bagi penggemar buku novel, tak perlu susah-susah nak beli dah, kalau boleh membaca cerita setaraf buku novel, boleh baca FREE je tau. Bahkan boleh baca melalui laman web dan telefon bimbit! Wow!

Dwayne Johnson

Melalui NovelPlus ini, saya telah membuat satu novel bertajuk THREE[3]THINGS, sebanyak 39 episod sahaja. Sebab saya ni jenis tidak gemar sangat membuat cerita Panjang, idea boleh ke laut hehehehe…


Full Story Click link below 👇👇😘


Bahkan saya juga telah memilih beberapa watak imaginasi Bersama lagu yang sesuai dengan genre romantik dan sedikit horror dan thriller. Di sini saya akan letakkan video pendek dan link sekali ya!


Klik link di atas untuk menonton ya ☝😘

Rasanya sampai di sini sahajalah entri kita pada malam ini. Semoga terhibur! Good night!

Rabu, 1 Januari 2020

PERJALANAN MENYAMBUT TAHUN BARU DI WATERFRONT, KUCHING

SELAMAT TAHUN BARU 2020, guys! 
HAPPY NEW YEAR!

Sekarang ni kita akan menambah lagi usia dan bersyukur dan berdoalah kita masih bernafas dan masih melihat dunia yang baru ya 💗

Hari ini, pagi ini, saya akan berkongsi sedikit perjalanan saya bersama En Husband menyambut tahun baru 2020 di luar rumah, kerana apa? Sebab di rumah tiada orang. Malah jiran depan belakang juga tiada orang hahahha.... Sunyi betul.

Dalam keadaan hujan, jalan yang sesak, jammed, ada roblock segala, parking full, perjalanan saya dari rumah ke waterfront Kuching mengambil masa selama 40 minit, dan mencari parking selama hampir 1 jam. Walaooo eyhhh.... Hebat kan? Hahaha.... Di sini saya akan sertakan sedikit paparan video pasal jammed di sekitar Plaza Merdeka tersebut, check it out 👇


Tak lama kemudian, setelah mencuba nasib pusing di sekitar Plaza Merdeka dan sekitar Waterfront, di mana saya dan En Husband telah tempuhi, akhirnya dengan doa dapat juga parking hahahha...
Check out video di bawah di mana saya parking 👇😜


Nah.... Seperti yang di janjikan, saya akan upload video full video 💗💥👇

Kuching Waterfront New Year 2020 Celebrations- Full Video


Thanks guys sebab sudi baca dan tonton video ya hehhehe... 

WELCOME TO YEAR 2020...!


Source :
Youtube              : Ben Lawrence
                           :TeresaFia
Facebook Page  : CERITA KITA
Instagram          : teresaabbie_30

Selasa, 31 Disember 2019

AZAM TAHUN BARU 2020?


Hai readers… Welcome to my blog CERITA KITA…! 
Ni hou maa?… How are you? Eotteohge jinae? Ogenkidesuka..?


Ingin saya mengucapkan, SELAMAT TAHUN BARU 2020!!!
Siapa disini lahir pada zaman 1990an? Ini bermaksud umur kita sama! ~-~ hahahaha…
Baiklah, topik kita pada tahun baru ini, korang rasa apa eyh saya nak utarakan?
Di laman social facebook, banyak news feed dari rakan-rakan saya mengatakan;
‘Dear 2020, please be nice to me…’


Dan ada juga post;
‘Tahun 2020 ni, aku berazam nak kurus, azam dari tahun 2019, dan azam dari 2018 dan sebelumnya.’


Saya tergelak juga baca sebab azam saya pun macam tu juga.
Korang pula, azam apa eyh?
Meh la komen jangan malu-malu :D
Semoga azam dan niat kita dikabulkan dengan usaha dan fikiran positive ya.
Ketahuilah, semuanya rencana dari Tuhan yang maha Esa…

Di sini saya ingin kongsikan gambar pada malam tahun baru 2020 di waterfront Kuching, cantik kan?

Sebelum itu, saya nak kongsikan keadaan trafic sepanjang jalan dari pending ke waterfront kuching 👇

Haa…. Apa macam? Hebat tak? Walaupun dari awal pagi sampai petang, hujan saja kerja… Syukur pada malam tahun baru 2020 itu, jika cuaca sangat baik. Thanks to God…
Azam saya pada tahun 2020? Jeng jeng jeng… rahsia hehhe… Kalau nak ketahuinya, jangan lupa selalu singgah blog CERITA KITA, okeh kehyo? :D

PENGENALAN : PERMULAAN PENULISAN SAYA

Hai readers... Welcome to, selamat datang ke Blog saya bertajuk "CERITA KITA".
Seperti mana yang saya telah terangkan di atas tu, blog ini adalah untuk pembaca yang suka membaca cerita pendek atau yang mempunyai banyak chapter. Dengan pelbagai genre dan kisah benar. 
Ingin saya memperkenalkan sedikit banyak tentang saya ya. 
Saya menulis dan mereka cerita pada sekolah rendah lagi, di mana saya mendapati saya mampu membuat ujian penulisan bahasa melayu ketika di zaman sekolah lagi, dan cikgu bahasa melayu kagum dengan penulisan cerita saya, walaupun agak kebudak-budakan (yelah, masih budak kan...), namun kerana pujian cikgu, saya menyedari saya mempunyai bakat...
Sehinggalah saya masuk sekolah menengah, saya mampu membuat cerita bersiri menggunakan buku nota lebih dan pen sahaja. Kadang-kadang saya menggunakan pensil, namun letih lah mengasah pensil saja (waktu itu pada tahun 20an, sekarang saya berumur 29 tahun pada, 31 Dec 2019). Saya mampu membuat satu cerita dengan muka surat sebanyak 100 lebih (satu buku pendek). Bahkan, saya juga pernah membuat cerita menggunakan buku panjang nota lebih dari 150 helai. Dan pada masa itu, saya sangat gila dan obses dengan buku latihan yang kosong. Tidak kira buku diari atau buku lebihan dari kakak saya, saya akan minta dan mula menulis. Saya sangat seronok, sehinggakan rakan sekelas saya berminat untuk membaca karya saya. Dan paling best, mereka sanggup membeli hasil karya saya dengan harga RM5 sahaja! (ketika itu, nilai Rm5 seperti Rm50 tau! dapat beli jajan hehehhe).
Saya meneruskan dunia penulisan sehinggalah saya berumur 16 tahun. Ketika itu, dunia penulisan saya mula merudum kerana perlu fokus dengan SPM (saya dipilih dalam aliran sains). Saya terpaksa lupakan dunia fantasi dan khayalan saya agar dapat dokus dengan SPM. Namun kerana saya tidak ada masa untuk dunia penulisan, saya rajinkan diri untuk membaca buku novel. 
YA! Pada masa itu, saya juga gila dan obses dengan Buku Novel. Malah saya juga ikut pertandingan mereka cerita pendek, puisi, sajak di dalam majalan yang popular masa itu (Majalah Klik & remaja).
Bukan itu sahaja, saya juga pernah menang pertandingan dan menerima hadiah buku novel cinta. Saya sangat suka membaca novel sehinggakan sanggup mengumpul duit belanja yang diberi oleh ibu setiap hari untuk membeli novel yang berharga RM15.00-RM20.00 sahaja... Bahkan saya juga rajin ke perpustakaan awam untuk meminjam buku cerita dan buku puisi. Pada masa itu, saya juga rajin membuat puisi dan sajak. Sudah tentu saya suka mendengar lagu dari perlbagai bahasa. Salah satunya, lagu bahasa Jepun & korea. Saya menyukai melodi lagu mereka dan akan translate kan lirik kepada bahasa melayu dan english. Pada masa itu, group korea paling popular ialah TVXQ. Dan lagu jepun ialah saya ambil daripada anime popular dari AYASHI NO CERES, TSUBASA CHRONICAL. Saya sangat menyukai anime itu, SANGAT SUKA!.
Kadang-kadang, apa yang saya buat semua ini, saya lalaikan diri untuk belajar. Namun saya tidak putus asa dengan diri sendiri. Walaupun ramai cikgu mengatakan saya lemah dalam matapelajaran, namun cikgu bahasa melayu tetap memuji saya mempunyai bakat mereka cerita, sehinggakan keputusan SPM saya dalam mata pelajaran BAHASA MELAYU ialah 2A. Sedangkan yang lain keputusan cukup-cukup makan sahaja. Saya sangat sedih pasal itu. Sehinggakan saya susah hendak mendapat kerja tetap dan sekaligus saya melupakan dunia penulisan saya sehinggalah saya mendapat pekerjaan yang memerlukan kepakaran saya terhadap dunia teknologi. Sebelum saya mula berkerja tetap. saya juga memasuki dunia kolej dan terpaksa mengambil jurusan Teknologi Maklumat, di mana sebenarnya saya ingin mengambil jurusan Bisnes Management. Tetapi rezeki memihak kepada jurusan teknologi. Dimana saya memulakan balik minat dunia penulisan saya, iaitu menggunakan komputer. Pada awalnya saya sangat kekok menggunakan komputer, maklumlah memerlukan jari kita menaip dengan pantas. Tapi syukur sangat-sangat, kerana kedegilan saya bermain komputer games ketika belajar teknologi dan multimedia, programming, saya telah melatih jari saya menaip dengan pantas dan baik.
Berbalik semula dengan dunia penulisan, dulu saya mereka beberapa cerita menggunakan laptop yang kakak saya belikan. Walaupun berkongsi, namun saya cuba untuk mereka cerita pendek dan hasilnya tidak memuaskan. Kerana fikiran saya terganggu dengan pelajaran kolej saya. Di mana saya tewas sekali lagi dan terpaksa melupakan dunia penulisan (pada masa itu sibuk bercinta juga hehehe).
Saya telah melupakan dunia penulisan hampir 10 tahun, untuk fokus dengan kehidupan sebenar. Apabila saya mendapati, penulisan tidak membawa apa-apa kebaikan. Saya sangat sedih dengan diri sendiri. Namun saya tidak berputus asa dan cuba mencari jalan yang lain untuk tidak melupakn bakat dan hobi saya sendiri. Di mana tempoh 10 tahun itu, saya mengalami banyak kesusahan dari segi mengenali diri sendiri, keluarga, percintaan, kerja, wang dan depression.
Sehinggalah saya berkahwin dengan lelaki yang saya cintai dan dia menyokong dan memahami diri saya yang tidak sempurna ini (sehingga sekarang). Dalam tempoh 3 tahun saya menjadi seorang isteri yang belum dikurnia seorang anak, saya menyimpan banyak kisah di dalam hati dan fikiran saya. Di mana saya membentuk fikiran saya itu menjadi sebuah cerita. Saya melihat banyak perkara aneh dan misteri dalam hidup saya. Saya mulai mempercayai cerita karut, misteri dan ilmu ghaib. Di saat itulah, pada tahun 2019, October, saya memulakan balik penulisan saya menggunakan laptop milik saya sendiri, sehinggalah sekarang... 
Pengalaman saya memulakan penulisan saya balik, kepala saya ingin pecah kerana idea untuk menghasilkan sebuah cerita membuak-buak sehinggakan saya pening kepala dan tidak dapat tidur. Saya sering tidur lewat gara-gara ingin membuat 10 chapter dalam masa satu hari. Dan iya, saya dapat menghabiskan satu cerita bersiri pendek bertajuk ;

THREE[3]THINGS dalam masa 3 hari, 39 chapter pada bulan November 2019. 


Next blog saya akan UP cerita ini, di mana cerita ini telah pun habiskan penulisannya dan available di apps NovelPlus. Kalau korang tak nak tengok di apps lain, korang kena tunggu saya UP cerita ini di blog ini tau (hehehhe...).

Berbalik kepada kisah penulisan saya, saya sangat beruntung kerana masih bernafas dan meluangkan masa untuk hobi saya. Saya sangat gembira di samping sokongan dari suami tercinta. Walaupn dia tahu yang penulisan ini tidak membawa kepada wang, namun kegembiraan dan cinta saya terhadap dunia penulisan, suami tetap gembira.
Baiklah, rasanya saya sudah menaip dengan banyak ni, ingin saya nyatakan dengan lebih lanjut, tapi perlahan-lahanlah saya luahkan. Terima kasih pembaca semua! Teruskan menyokong 😘